2.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KBAT DALAM PEDAGOGI
Bagi melaksanakan KBAT dalam PdP, guru perlu membuat penelitian dengan merujuk kepada standard pembelajaran yang dinyatakan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP). Standard pembelajaran merupakan pernyataan tentang apa yang murid patut ketahui dan boleh lakukan. Sekiranya pernyataan tersebut merujuk kepada tahap KBAT, guru perlu melakukan tindakan berikut:
Langkah pertama:
Rujuk Standard Pembelajaran berasaskan KBAT – kenal pasti elemen KBAT dalam pembelajaran.
Langkah kedua:
Rancang PdP
· Sediakan RPH - nyatakan objektif pembelajaran secara eksplisit
- Sediakan aktiviti yang membolehkan murid menggunakan KBAT
- Sediakan aktiviti yang membolehkan murid menggunakan KBAT
· Sediakan BBB - Sediakan Bahan Bantu Belajar yang dapat mengalakkan KBAT
Langkah ketiga:
Melaksanakan PdP - Gunakan alat berfikir yang sesuai
Kemukakan soalan yang boleh menggalakkan KBAT
Wujudkan suasana bilik darjah yang membantu murid menggunakan KBAT
Langkah keempat:
Mentaksir - Pastikan terdapat soalan KBAT dalam pentaksiran
Langkah kelima:
Refleksi - Buat refleksi tentang keberkesanan PdP dalam menggalakkan KBAT
No comments:
Post a Comment